Unknown
Ini adalah satu kisah benar..diceritakan oleh kawan aku..dimana kawanya bercerita kepadanya...

kisah ini berlaku pada suatu hari..didalam komuter..
seorang ayah membawa 2 orang anak(kalu tak silap)..dimana anaknya begitu nakal..
nakal anaknya itu terlalu sangat sehingga menggangu penumpang lain..ada ketika anak2 ni menepuk surat khabar yang dibaca oleh penumpang..melompat dan berlari...tetapi si ayah hanya duduk membisu..membiarkan saja si anak sedemikian rupa..

akibat tidak tahan seorang penumpang datang kepada si ayah dan menegur sikapnya yang tidak melarang anak nya itu..tegurannya agak baik dan bersopan.."Assalamualaikum pakcik...mintak maaf ye pakcik..kenapa pakcik tidak menegur sikap anak2 pakcik tu..dia telah mengganggu hampir semua penumpang si dalam komuter ni.."
si ayah terus merenung penumpang tu...agak lama untuk dia berbicara...sambil menarik nafas panjang..dia mula berbicara..."sebenarnya..saya dan anak2 saya ni ingin melawat ibu (isteri) di hospital...dah lama budak2 ni nak jumpa ibunya...cuma hari ini saya berkesempatan untuk membawa mereka berjumpa ibu mereka.." si ayah mengeluh lagi..."baru tadi saya menerima panggilan dari hospital..si ibu sudah meninggal...so..saya tak tahu macam mana nak memberitahu kepada anak2 saya.."...."budak2 ni memang begitu excited ingin berjumpa dengan ibunya..jadi saya biarkan lah budak2 ni bermain..." penumpang itu terus terdiam...




P/s : sorry jika cerita ini ada tokok tambahnya dan kekurangan..tapi ceritanya lebih kurang begitu lah..
Unknown
hari ini hari yang agak malang untuk aku...
huh!..
bermula dengan pagi...
pergi bank..ingat boleh sattle...tak boleh jugak..hampeh tul...
balik terus p kerja...mahu elak jalan utama..sekali jalan kampung pun jem...Arrghhhh....20 min aku sangkut...
kerja cam biasa la bz memanjang...
pukul 12.30 malam ...aku punch card nak balik...perhhh..tayar keta plak pancit..aduh...
nasib baik ada kawan...dia nak tolong hantar...dia mintak aku tolong start kereta dia..
aku pun start la keta..pastu aku tutup pintu keta...secara automatik plak keta dia lock...
aahhhrrhhhh tidakk!!!!..dah la keta dah pasang security..tak boleh cucuk kat tingkap pintu tu...aduss...
nasib baik ada despetch baru balik..boleh la dia p balik rumah sekejap amik kunci...tu pun jauh jgak rumah dia..
(mesti dia marah gile kat aku ("_)..)...last2 dia malas hantar aku...banyak keja nak buat...dia mintak despetch tu hantar..tapi despetch tu nak kena hantar barang dulu...terpaksa la aku menunggu kat sini dengan mengantuk...apa boleh buat...kalu siang aku hentam je keta pancit tu p kedai..masalahnya sekarang pukul 3.00 pagi..huh!!..nasib badan.. ("_) dah la esok keja kul 9.00 ni...datang lewat la jaabnya....

moral : tah...banyakkan bersabar...ada hikmah tu...banyakkan beristifar...
           dudk termenung jap...maybe sudah lama aku lupa mengadap ALLAH..("_)
Unknown

Penyakit Bonggol Perempuan

Macam-macam skill orang nak merosakkan Islam. Lepas satu, satu syubhah diselit masuk supaya amalan umat Islam jadi keruh dan rosak. Sebelum ni kecoh dengar pasal ‘tudung rahib’ yang melekat di leher macam batu nisan berjalan. Sekarang dah muncul pula syubhah yang baru- fesyen bonggol unta. Rasanya gaya ni dah lama muncul cuma baru-baru ni dihebahkan semula dengan lebih giat. Lebih mengejutkan bila sanggul palsu diiklankan dalam media sebagai aksesori untuk muslimah bertudung! Sebelum ni bukan tak biasa tengok sanggul palsu di kedai dua ringgit, tapi kalau sampai diiklan ke majalah dan akhbar, rasanya sanggul-sanggul ni dah bertambah fungsi.


Makin membimbangkan bila gaya ni turut dipopularkan oleh TV. Umat Islam sangat bersyukur bila TV-TV dapat hidayah nak ambil pengacara bertudung. Dari siaran berita ke bual-bicara, alhamdulillah sejuk hati memandang muslimah-muslimah cun berbalut hijab. Tapi tak sampai lima tahun cara hidup yang indah ni mula dicemari anasir tersembunyi. Pengacara yang lawa2 ni tetiba tumbuh biji di kepala. Rupa masing-masing dah xmacam pakai tudung, tapi macam pakai topi pari-pari dalam citer fairytale yang ada kain terjulur di belakangnya.

-Alah, sanggul…. apa sangat. Simple je. Kecoh la ngko ni Joyah.
 +Cik kak, kalau benda yang simple ni buat ko masuk neraka camne?Kot  murtad @ berzina,faham la jugak. Dosa besar. Ni sebab sanggul seco’et ngko kene panggang jadi biskut. Tak berbaloi!

                1400 tahun yang lalu, penyakit bonggol unta ni dah dikhabarkan dek junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Penyakit ni disebut sebagai salah satu ciri @ kelayakan ahli neraka. Sebuah hadis baginda yang masyhur dalam Sohih Muslim telah menyebutkan, mafhumnya ; "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)

                Selain mendapat keahlian neraka secara percuma, Nabi s.a.w turut menyebutkan bahawa golongan ini tidak akan dapat menghirup harumnya syurga, sedangkan ia dapat dicium dari sekian jarak yang amat jauh.
                Allahuakbar….sanggul secuit punya pasal…

              
Tapi…kenapa sanggul?

Kita tinjau semula rangkuman aurat perempuan ialah seluruh tubuh, dari akar rambut sampai hujung kaki. Bukan sahaja warna aurat itu yang perlu dijaga, tetapi juga bentuknya. Kerana itulah disyariatkan memakai pakaian yang longgar. Gaya bonggol unta ini termasuk dalam kategori mempamerkan bentuk tubuh, cuma Rasulullah s.a.w menyebutkan larangannya dengan lebih khusus kerana caranya ‘pameran’nya berbeza dari anggota tubuh yang lain. Jika bentuk dada dan punggung dizahirkan dengan pakaian ketat, ‘bonggol unta’ pula dizahirkan dengan gaya ikatan rambut yang tinggi menjolok langit. Andaikan Baginda tidak menyebut dengan khusus, manusia-manusia yang berhati sakit akan sewenang-wenangnya berhelah : “Kami tak pakai tudung ketat, cuma ikat rambut tinggi je”. Lantas ancaman yang jelas lagi keras ini memotong habis segala tipudaya golongan penghidap penyakit bonggol ni. Takde dolak-dalih.

                Tapi, kalau dah rambut memang panjang macam Rapunzel, takkan nak lilit kat leher pulak. Kang abis la berkurap…


Pandai-pandai la seimbangkan antara tuntutan naluri dengan tuntutan syar’ie. Islam agama fitrah. Takdenye yang rambut panjang nak disuruh potong jadi tomboy. Ikat la kut mana pun asalkan tak langgar garis yang diletak, jangan sampai rambut yang cantik jadi bonggol unta. Ikat rendah-rendah je kan boleh. Yang jadi isu sekarang ni ialah sanggul buat-buat. Bila tanggal tudung, sanggulnya pun tanggal. Boleh beza sangat antara sanggul betul dengan tipu ni. Orang Melayu rambutnya takde la tebal macam Arab @ India. Takde modal la nak kata yang terbonjol tu rambut asli, melainkan sengaja dibonjol2kan.

Mungkin muslimah di luar sana tak tahu pasal larangan ni. Nampak fesyen cambest kat IFF terus je ikut. Tak apalah yang tak tahu, yang tahu kenalah bagitahu. Yang tak tahu ni, bila dah tahu kenalah beramal…selamatkanlah kepala anda dari menjadi sate di neraka.

Kesimpulannya seluruh aurat mestilah ditutup dengan sempurna…warna dan bentuk rupa.  Macam mana lima waktu solat kena buat xbleh pilih2, macam tu jugak seluruh aurat kene tutup xbleh celup2. Menutup aurat, antara lambang ketaatan seorang perempuan Islam kepada Allah s.w.t yang menciptakannya. Kalau nak tau, ajaran kitab Injil yang sebenar pun ada perintah menutup aurat kepada perempuan Nasara, tapi tengok la sekarang perempuan kat gereja je yang tutup kepala. Tu pun lutut terbukak…

Berbeza dengan suruhan kepada perempuan Islam.  Allah s.w.t dengan penuh kasih sayang terhadap muslimah, telah menyebut dengan jelas dalam surah Al-Ahzab, sebab kenapa Dia suruh kita tutup harta kita yang indah ni. Firman Allah, mafhumnya ;
“ Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka tutupi seluruh tubuh dengan jilbab mereka, demikian itu agar mereka mudah dikenal dan tidak diganggu, Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzaab, 59)


Allah s.w.t yang menciptakan lelaki dan perempuan, maka Dia lebih tahu betapa berminatnya kaum lelaki ni kepada kaum perempuan. Nah, sekarang dah banyak kita tengok akibat tak menutup aurat ni kan? Rock-all lah, rubber lah, sumbang mahram, anak tak sah taraf… bukan yang ‘tak tutup’ je punya pasal, yang ‘tertutup’ pun bersalah jugak tak menegur. Ingat diri sendiri dah selamat, sekali esok lusa insan-insan yang tak sah taraf ni jadi menantu awak. Baru tau…..

Sama-sama muhasabah diri, sama-sama perbaiki umat kita. Sesungguhnya manusia itu rugi kecuali yang beriman, beramal soleh dan melaksanakan amar makruf nahi munkar.








Unknown
salam...
apa pendapat korang tentang hang tuah?
adakah ia benar2 wujud atau tidak?
pernah kah anda menkaji selidik betul2 tentang sejarah hang tuah..
adakah hang tuah ini org melayu? kalau melayu cuba senaraikan berapa ramai oarng melayu mempunyai nama HANG didepan...?

huh..saje je aku persoalkan disini...
aku duk saje2 ..tiba2 terlintas persoalan ini kat kepala aku...
so aku share la...
ada idea??