Unknown

Polis tumpaskan sindiket judi haram, 11 ditahan

21/02/2011 5:04pm

BENTONG 21 Feb. – Polis Pahang menumpaskan satu sindiket perjudian dan pertaruhan haram bernilai kira-kira RM13 juta apabila menahan enam lelaki dan lima wanita dalam serbuan serentak di tiga lokasi berbeza di daerah ini semalam.
Kesemua mereka yang berusia antara 30 hingga 50 tahun ditahan dalam `Ops Dadu’ yang dijalankan pada pukul 6.30 petang di sekitar Bentong, Karak dan Manchis di sini. – Utusan



ULASAN SAYA:
cuba anda baca semula tajuknya...Polis tumpaskan sindiket judi haram, 11 ditahan...
ada nampak sesuatu tak?..sekali lagi baca...Polis tumpaskan sindiket judi haram, 11 ditahan...
tak nampak? sekali lagi..Polis tumpaskan sindiket JUDI HARAM, 11 ditahan...
ada nampak?...ok..
so apa sebenarnya utusan nak beritahu kpd umum?
bukankah sebenarnya JUDI itu haram?..ada ke judi halal?
oh lupa...di malaysia JUDI halal memang ada...
Di genting Highland...Sport toto yang bersepah..magnum...dll..
eemmm... 

0 Responses

Catat Ulasan